AKAL & IMAN: Autoriti bagi Ilmu Pengetahuan

Oleh Fr Stephen Lim

Pengenalan

Fr Stephen Lim

Sesi biasa di kalangan para pelajar universiti mengenai akal dan iman itu diganggu dengan mengejut oleh kemasukan para pelajar yang bersemangat. Sama seperti ia berlaku dengan mendadak, ia juga dengan cepat terbahagi kepada dua kem yang bertentangan: golongan sekularis yang dominan dan golongan beragama yang lasak. Cara gangguan ini hilang dalam permainan kuasa semata-mata adalah sangat penuh dengan makna. Pemimpin hanya muncul untuk kosongkan pagar, maka itu, tidak ada orang yang duduk atas pagar. Tanpa pengenalan, konsultasi, perbincangan, rundingan dan demokrasi, dia lontar sahaja semua orang yang hadir sebelum gangguan itu ke dalam mana-mana kem yang bertentangan. 

Kedua-dua kem bersenjatakan petikan-petikan mesra pengguna daripada saintis-saintis tersohor seperti Isaac Newton, Karl Marx, Charles Darwin, Albert Einstein, Stephen Hawking, Richard Dawkins, John Lennox, John Plantinga, Roger Penrose, Christopher Hitchens dan lain-lain lagi sebagai sokongan kepada dakwaan-dakwaan mereka.

Perbahasan yang penuh drama, emosi dan keghairahan di kalangan belia memang dijangkakan. Kelakuan dan sikap yang biadab, meragukan dan memandai-mandai memang tidak tertahan, tetapi kebencian militan yang dipamerkan secara terbuka tanpa mempedulikan sama sekali budi bahasa asas adalah terlalu menjijikkan.

KONTROVERSI AKAL-IMAN YANG TIADA KESUDAHAN.

Persekitaran yang hangat itu dibakar oleh golongan sekularis yang yakin kepada diri sendiri, dan tanpa rasa ragu-ragu, merempuh semua di atas idea bahawa sains sudah mematahkan iman dan akhirnya, mengebumikan Allah. Mereka menganggap keunggulan sains di atas semua kemajuan teknologi yang nyata sebagai bukti saintifik bahawa iman hanyalah candu orang yang telah gagal. Golongan beragama yang militan dan tidak kurang ingkar mengandaikan dan malah berkelakuan bahawa mereka sahaja memiliki iman yang berasaskan Allah. Maka itu, sebagai kebenaran berasaskan Allah, iman adalah lebih tinggi daripada sains; tidak perlu berbincang, apatah lagi menjelaskannya kepada sains. Oleh kerana kedua-duanya bertarung untuk keunggulan tanpa sebarang pengecualian, maka segalanya tidak dapat dirunding. Ini tidak dapat dibayangkan; satu perdebatan di antara dua musuh yang sama sekali tidak dapat berunding. Perdebatan tidak akan berlaku tetapi peperangan sepenuhnya. Tanpa menyedari tentang dendam dan permusuhan yang sedang berlaku dengan begitu bersungguh-sungguh, mereka hanya muncul untuk bertarung. Keberanian mereka mempamerkan kebencian dan fahaman melampau yang ekstrem telah mengubah sesi itu menjadi pembuka mata.

Semuanya siap sedia untuk beraksi, ia hanya memerlukan polemik biasa sahaja bahawa iman adalah tidak munasabah mahupun dapat dijelaskan untuk memulakan peperangan. Golongan beragama menjulang fideisme, teisme, dogmatisme dan lain-lainnya sebagai bukti bagi keunggulan iman yang mutlak. Ibarat menuang minyak ke atas api, semua jenis kepercayaan keagamaan yang popular serta teologi purba, zaman pertengahan dan ‘New Age’ dilonggokkan bersama sebagai bukti bagi keunggulan iman. 

Sambil menghebohkan kemelut itu, seorang pensyarah psikologi menuntut dihentikan sepenuhnya iman membabi-buta yang mengelirukan para pelajar. Tetapi siapakah yang dapat melawan perkara itu? Ia sebaliknya mendorongnya untuk bercerita tentang perkara-perkara khusus. Nampaknya, bosan selepas terpaksa berjalan bersama para pelajar yang murung dan terkilan dengan iman dan agama dalam rutinnya, dia bertekad untuk menghapuskan iman dan agama. Ada empati untuknya dalam perihalnya yang sangat serius, tetapi bukti saintifik masih belum ada bahawa iman adalah kepedayaan. Ia menjadi lebih buruk lagi apabila dia diberitahu bahawa dakwaannya tetap tiada bukti saintifik. Reaksinya yang terus terang adalah sangat mendedahkan; ia adalah mustahil bagi Profesor Stephen Hawkins untuk melakukan kesilapan apabila beliau menyebut bahawa “agama merupakan kisah pari-pari bagi mereka yang takut kepada kegelapan” (Grand Design). Namun ini bukan satu cabaran kepada kelayakan, kepakaran dan kecekapan Profesor Hawkins. Sebaliknya, dalam konteks kita yang hangat, ia adalah amat penting untuk menentukan sama ada ungkapannya yang terkenal bahawa agama adalah satu kisah pari-pari itu sesungguhnya adalah satu kenyataan saintifik.

POLEMIK & APOLOGETIK: KEGHAIRAHAN BUTA

Luahan hati pensyarah itu membongkar masalah sebenar; walaupun bukan satu kenyataan saintifik yang jelas, namun ia adalah satu kenyataan yang boleh dipercayai sebagai bukti saintifik bahawa agama adalah satu kisah pari-pari. Andaian meragukan dan malah mencurigakan yang diterima begitu sahaja tanpa bukti adalah bencana yang sedang menanti. Tambahan pula, perbahasan sepatutnya tentang menyalahtafsirkan satu kenyataan Hawkins mengenai kepercayaan sebagai bukti saintifik. Pelik tetapi benar bahawa tafsiran yang jelas salah ini terlalu bercanggah untuk terlepas pandang. Malangnya, kedua-dua pihak dengan sengaja tidak mempedulikan perkara yang jelas lagi bersuluh ini. Sebaliknya, mereka taksub dengan pertarungan mereka yang tidak berguna bagi keunggulan tanpa mempedulikan semua perkara lain. Tanpa disedari, kedua-duanya telah mengetepikan fikiran yang rasional dan budi bahasa yang asas sehinggakan mengubah sesi berkenaan kepada sesuatu yang hangat dan berapi-api, seterusnya, membutakan semua.

Sarat dengan kebenaran dan keyakinan yang penuh kebencian, tidak kira polemik mahupun apologetik, daripada memberi penerangan, kedua-duanya menjadi sebahagian daripada kecelaruan yang berlaku. Ia dengan jelas menunjukkan kebencian yang tersirat, kebiadaban dan lain-lain daripada pelbagai pengaruh manusiawi yang negatif. Lebih daripada semuanya itu, budaya tekno-siber kita sekarang yang cenderung ke arah sains dan, oleh yang demikian, berat sebelah, sudah mula menentang iman. Semuanya diterima begitu sahaja sebagai bukti. Merasai kurang bernasib baik, golongan beragama meninggalkan akal untuk terjun ke dalam pertarungan itu tanpa berfikir panjang. Segalanya adalah cakap besar, wap, kemarahan dan keghairahan mengenai andaian yang meragukan, dengan fikiran rasional yang sangat cetek pada kedua-dua pihak. Selepas kedua-duanya mengetepikan akal, iman dan semua fikiran rasional, apa lagi yang ada untuk dijangkakan kecuali tragedi lawak yang tidak berkesudahan?

AKAL & IMAN SEBAGAI KUASA MENGENAI ILMU PENGETAHUAN

Akal dan iman, tidak kira yang mana kita ambil, berdenyut dengan urat saraf yang hidup, pengalaman, kepercayaan dan gaya hidup sebagai kuasa mengenai ilmu pengetahuan dan kepercayaan. Pertarungan tanpa berfikir panjang ini sekadar akibat yang logik daripada melanggar kuasa akal-iman ini.

Akal adalah rasional namun cenderung ke arah saintifik dalam kaedah memerhati dan menyusun bukti, analisis, dan membuat keputusan. Iman sebaliknya, walaupun menunjukkan semua ciri utama seperti pengalaman, bukti dan membuat keputusan, namun ia merangkumi perkara yang tidak rasional. Akal merupakan satu tindakan intelek yang memeluk kebenaran dan prinsip. Iman pula adalah tindakan kehendak secara sukarela, seperti mempercayai ibu bapa saya dan Allah. Seperti akal, iman sebagai keyakinan, sebagai berasaskan bukti dan juga satu tindakan kehendak hati, sentiasa mencari kefahaman dan kebolehfahaman. Akal dan iman sama-sama mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan yang dapat diwajarkan untuk membebaskan umat manusia daripada setiap bentuk kejahilan, penyeliaan, ketakutan dan kebencian. Akal dan iman jelas menuntut kebenaran dan ilmu pengetahuan yang boleh diwajarkan semata-mata.

Akal dan iman, walaupun memusat namun ia adalah dua autoriti yang saling melengkapi satu sama lain mengenai ilmu pengetahuan. Sebarang cubaan untuk mengetengahkan satu agar ia dapat mendominasi atau mengarah yang satu lagi hanya membuka tandup kepada dikotomi tanpa kesudahan konflik dan penghapusan kedua-duanya. Iman sebagai keyakinan, dalam prinsip dan realiti, tidak dapat menghapuskan akal kerana kedua-duanya perlu menuntut bukti yang dapat diwajarkan. Gandingan bertentangan yang memusat sedemikian dalam alam semula jadi dan realiti ada di mana-mana dan tidak dapat disangkal. Jantina yang ada di mana-mana: perbezaan lelaki-wanita, contohnya, merupakan satu gandingan perkara-perkara bertentangan yang tidak dapat dinafikan namun apa yang feminin tidak memusnahkan lawannya yang maskulin. Jika tidak, seluruh umat manusia pasti sudah pupus. Demikian juga dengan gandingan kuasa akal-iman yang bertentangan mengenai ilmu pengetahuan dan kepercayaan.

Kesimpulan

Pengajaran dari medan perang ini adalah untuk mengenali “gajah dalam bilik”—permusuhan purba yang mengukuhkan dan memisahkan akal daripada iman. Menyelesaikan ‘male fide’ ini amat penting bagi akal dan iman sebagai kuasa berkembar yang boleh dipercayai. Ia juga amat penting untuk membongkar kepalsuan solipsisme (kepercayaan bahawa hanya diri sendiri yang terbukti wujud), fideisme, teisme, sekularisme, ateisme, semua separa kebenaran dan kepalsuan, jika tidak semua gangguan, tarikan dan kemusnahan akan terus berlaku.

Akhir sekali, hanya dan hanya usaha ikhlas mengejar ilmu pengetahuan yang dapat diwajarkan sahaja boleh menjadikan akal dan iman sebagai autoriti mengenai ilmu pengetahuan dan kepercayaan.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: REASON & FAITH: Authority of Knowledge

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.