Perjalanan Iman Saya

Michelle menerima Komuni Suci pertama beliau di Gereja Tritunggal Maka Kudus, Kenyalang Park. (Foto: Gereja Tritunggal Maka Kudus)

KUCHING — Nama saya adalah Michelle. Ini adalah cerita mengenai perjalanan saya untuk menjadi seorang anak Allah. Saya dahulu seorang pemikir bebas dan ibu bapa saya adalah pengikut Buddha. Saya pernah mengikut mereka ke tokong pada hari-hari perayaan pada masa lalu. Bagaimanapun, saya menyedari bahawa saya tidak ada sebarang motivasi dan saya putus asa dengan perkara-perkara yang saya tidak dapat kawal. Saya biasanya rasa tidak berdaya dalam perhubungan saya, kerja saya dan emosi saya. Saya bersyukur kepada Allah kerana saya mengenali tunang saya pada waktu saya tidak berdaya. Beliau seorang Katolik dan beliau menggalakkan saya untuk pergi bersama beliau ke gereja dan menjemput saya untuk lebih tahu tentang Allah. Dan itulah sebabnya kenapa saya menyertai RCIA.

Dalam kelas RCIA pertama saya, saya mengenali siapa Bapa Kita dan Putera-Nya yang dikasihi-Nya, Yesus; dan bagaimana Yesus dilahirkan di bumi untuk menyelamatkan semua kita. Menerusi RCIA, saya juga belajar untuk bergantung kepada Allah. Saya mula berdoa dan saya berkongsi segalanya bersama Yesus—sama ada kebahagiaan saya mahupun kemurungan saya. Perlahan-lahan, saya mendapati sikap dan pola pemikiran saya berubah, kerana saya tidak menjadi panas baran dengan mudah, dan saya rasa diberkati bagi semua benda yang saya sudah miliki.

Daripada sesi RCIA, saya semakin tahu tentang gereja. Semua tindakan dan proses yang dilakukan oleh paderi dalam Misa mencerminkan Yesus dan semua murid-Nya. Saya akhirnya dibaptis pada Jumaat, 23 Oktober 2020, di Gereja Tritunggal Maha Kudus.

Dalam homili, paderi berkata bahawa ini hanyalah permulaan perjalanan kami menuju Allah dan bukan penghujung.

2020 merupakan tahun paling sukar bagi semua orang setakat ini, kerana seluruh dunia mengalami kesusahan daripada kesan pandemik COVID-19. Kita sessungguhnya begitu tidak berdaya dan tidak signifikan tetapi apa yang kita dapat buat adalah untuk percaya kepada Allah dan berdoa untuk berkat-Nya pada waktu kita mengalami cubaan dalam hidup. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: My journey of faith

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.