![A group photo of the children together with Msgr William Sabang. (Photo- Jude De'Rozario)](https://www.todayscatholic.com.my/wp-content/uploads/2022/02/A-group-photo-of-the-children-together-with-Msgr-William-Sabang.-Photo-Jude-DeRozario-696x522.jpeg)
Oleh Jude De’Rozario
KUCHING — Hari Minggu, 9 Januari 2022, menandakan satu lagi acara penting di Chapel Bonda Maria, Stutong, di mana 23 kanak-kanak, diiringi ibu bapa atau penjaga mereka, menerima Komuni Kudus Pertama mereka selepas melengkapkan Sekolah Hari Minggu dalam talian selama setahun.
Daripada 23 kanak-kanak tersebut, seorang menerima pembaptisan pada Sabtu, 8 Januari 2022, manakala 22 lagi membuat pengakuan dosa pertama masing-masing, juga pada hari yang sama, pada masa yang berlainan.
Misa Kudus dirayakan oleh Msgr William Sabang, selaku Rektor Chapel Bonda Maria, Stutong.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: 23 CMM Sunday School students receive FHC after a year of online classes